Sunday, April 12, 2009

Langkah ku bermula di sini

Berat rasanya untuk menulis apa yang di dalam hati ini. Tetapi akan ku cuba juga agar aku dapat menyelami isi hati sendiri. Biarpun sedikit akan ku tulis kerana emosi tu dapat di hayati melalui penganalisaan perasaan. Bagaimana mahu menganalisa perasaan. Akal mungkin dapat membantu. Setelah itu, berfikirlah sejenak akan perasaan yang dihadapi. Mohonlah kepada Allah supaya diberi petunjuk dan diberi kefahaman. Akan ku tulis pengalaman hidup ku ini supaya dapat menjadi pedoman dan menjadi salah satu ilmu yang dimanfaatkan.