Tuesday, July 19, 2011

Graves Disease

Assalamualaikum warahmatullah,


Dah lama tak buat entry. Entry hari ni adalah berkaitan Graves Disease (GD). Kenapa saya berminat dengan tajuk ini? Ini adalah disebabkan saya telah disahkan menghidap penyakit ini. Mula-mula rasa OK je, sebab tak tahu sangat. Tetapi bila dah baca banyak, barulah saya tahu bahawa penyakit ni serious juga. Walaupun saya seorang doktor perubatan, dan saya telah belajar dan pernah merawat penyakit ini, namun jauh bezanya antara mengetahui untuk merawat dan mengalami sendiri penyakit tersebut.


Walaupun saya tahu hampir semua tanda penyakit, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaanya bila mengalami tanda tersebut. Saya sentiasa tercari-cari maklumat di internet sehinggalah saya terjumpa forum berkaitan GD dan ahli-ahlinya adalah pesakit GD. Forum ni adalah satu support group. Ahli akan melontarkan masalah dan ahli lain akan membantu dengan memberi nasihat mengikut pengalamn masing-masing. Betullah kalau kita nak katakan bahawa berguru dari pengalaman itu yang paling senang dah mudah difahami dan paling relevan dengan diri kita.


Saya harap entri ini dapat dimanafaatkan oleh pesakit GD untuk memahami penyakit mereka. GD menyebabkan hyperthyroidism. Hyperthyroidism adalah satu keadaan di mana hormon tiroid terlebih aktif . Tanda-tanda yang saya alami semasa mengidap penyakit ini adalah:


1. Berdebar (palpitation). keadaan ini sangat teruk pada waktu pagi. Oleh kerana sangat berdebar, maka saya cepat penat apabila melakukan sedikit pekerjaan. Ada masanya saya akan tercungap-cungap apabila bercakap dan sukar menghabiskan ayat. Perasaan berdebar itu juga menyebabkan saya sukar bernafas dan sukar menelan dan menyebabkan saya sukar menghabiskan makanan.

2. Badan menggigil. Saya selalu merasakan badan menggigil, bkan kerana kesesjuakan, tetapi lebih kepada keletihan, terutama bahagian tangan. Yang paling teruk. saya tidak boleh menekan keyboard kerana terlalu menggigil.

3. Lemah otot. Ini sangat ketar pada otot peha. Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah ketika hendak bagun dari sujud ke posisi berdiri. Otot sangat lemah hingga tidak kuat untuk berdiri.

4.Saya juga mengalami keresahan yang ketara, sukar tidur dan perasaan yang tidak tenteram. Emosi sangat cepat terganggu.

5. Walaubagaimanapun saya tidak mempunyai tanda di bahagian mata atau dikenali sebagai (throid eye Disease (TED). TED adalah penyakit di mana mata akan terbonjol keluar, kelopak bawah mata akan bengkak dan merah, bahagian mata putih (sclera) nampak jelas. Penglihatan boleh menjadi dua, kabur, mata rasa kering dan pedih. TED perlu rawatan segera kerana boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.


Semua gejala di atas dapat dikurangkan apabila mendapat rawatan dengan segera.


Saya telah menerima rawatan radioaktif iodin (RAI). Saya mengambil rawatan ini disebabkan rawatan biasa tidak berkesan. Setelah 4 hari selepas rawatan, gejala tiroid semakin teruk. Saya mula mendapat TED pada mata sebelah kiri. Saya perlu mendapatkan nasihat pakar samada saya perlu mendapat rawatan lain. Tahukah anda bahawa selepas RAI, kesan sampingan yang paling ketara adalah boleh mendapat TED dan hypotiroid (hormon tiroid rendah) dan ini mengakibatkan kegemukan akibat metabolisma yang rendah.

Wednesday, September 15, 2010

Anak anda tak mahu ke sekolah?

Ramai ibubapa meden sekarang yang mengeluh mengenai anak mereka yang sukar nak ke sekolah. Di suatu hari, ketika aku menghantar anak ke sekolah aku terdengar dan terlihat satu senario antara seornag bapa dan anak lelakinya yang enggan ke sekolah. Bapanya tampak begitu kesal dan marah dengan gelagat si anak. Sambil memgang sebatang kayu dan menugut anak serta memarahi nak yang banyak menyusahkan beliau setiap pagi supaya ke sekolah. Si anak pula menangis sekuat hati dan cuba melepaskan diri dari sibapa. Dalam hati, aduh kesihannya si anak yang masih kecil, tetapi diherdik begitu oleh bapa. Tapi aku tidak menyalahkan si bapa, kerana aku sendiri pernah dalam situasi yang sama, dan aku tahu betapa marah dan geramnya perasaan seorang ibu setalah bertungkuslumus mengejutkan anak, memandikan anak, menydiakan sarapan, menyuapkan makanan dan mengemaskan jadual anak-anak seawal jam 5 30 pagi, sedangkan anak, begitu susah untuk bangun, malas mandi hingga perlu diangkat ke bilik air dan seterusnya..., tetapi bila sampai van untuk mengambil anak tersebut, dia enggan ke sekolah... pedihkan.. si ibu pula telah keletihan.. mahu sahaja dia memalukan anaknya dihadapan kawan-kawan yang lain. Betulkan? mahu sahaja dia memrahi dan memukul anak tersebut.. Masa sudah lewat, siibu juga harus bekejar ke pejabat. Mujur kalau ada sibapa yang menolong. Tapi andaikata si bapa juga sudah tiada, mungki kena pergi kerja lebih awal, atau outstation. maka akan lebih berkecamuklah hati tersebut.
Wahai ibu dan bapa, besabarlah kamu atas ujian yang paling kecil ini. Anak adalah amanah Allah untuk dibelai, dijaga dan dididik, bukan diherdik dengan kata-kata sindiran, atau disakiti kerana kita memang berpotensi menyakiti mereka. Memotivasi anak tidak bermakna merendah-rendahkan kemampuan mereka atau menyindir mereka. Ingin saya kongsikan pengalaman saya bagaimana saya menghadapi situasi seperti ini. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang enggan ke sekolah selama hampir 4 tahun bermula dari darjah 4 hingga Ting 1. Tetapi alhamdulillah sekarang dia telah rajin ke seolah dan telah meraih banyak kejayaan dalam aktiviti ko kurikulum dan kurikulum. Bagaimana dia boleh berubah?.....( bersambung......)

Wednesday, April 28, 2010

Kalah lagi

Pukul 1 tghhari, kebiasaan ku mengambil Buraidah dan Mutsanna dari Tadika. Saat yang sentiasa di nanti-nanti. Sangat seronok melihat kegembiraan di wajah mereka sewaktu pulang. Biasanya Buraidah atau Mutsanna akan buat surprise untuk Ummi dengan menyorok dan menyergah, dan ummi pula akan pura-pura terperanjat dan kemudian kami sama-sama ketawa. Hari ni, Mutsanna mengomel lagi, ummi selalu lambat ambil. Padahal masih ramai lagi kawan-kawan yang belum pulang. Ayat yang seterusnya ...sebab ummi lambat jadi ummi mesti gi ke kedai. Hari ini, aku nak cuba power sebagai ummi pula. Oklah, hari ni tak yah pegi ke kedai, tapi ummi bagi duit untuk simpan ok? Tampak kegembiraan di wajah mereka. Ok semua setuju. Aku pun mula memusingkan kereta untuk pulang. Kebetulan kedai terletak betul-betul di hadapan tempat pusingan. Sementara menunggu kereta dari belakang, akupun mengeluarkan 2 ringgit seorang untuk si kembar. Tak disangka-sangka ke dua-duanya pun terus membuka pintu dan berlari ke kedai. Aku pun terus memesan, jangan beli mainan ye, beli makanan. mereka berdua senyap je dan terus berlalu. Tak lama lepas tu ke dua-duanya masuk dengan mainan di tangan. Bila ditanya.. katanya makcik kedai tu tunjuk mainan tu dan cukup untuk duit yang dibekalkan. Emm tak terkata apa. Tak sampai hati nak marah bila melihat keriangan di muka mereka memainkan permainan yang baru dibeli tersebut. Ya Allah, kadang-kadang takut juga memikirkan tentang diri ini yang terlalu mudah lebur dengan anak-anak. Tak mampu nak bertegas dalam hal-hal begini. Ya Allah pimpinlah daku dalam mendidik anak-anak. Ya Allah, bimbinglah mereka menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Ameen.

Tuesday, March 23, 2010

AMANAT TERAKHIR SYEIKH AHMAD YASSIN (BAPA INTIFADHAH PALESTIN)
Tarikh syahid: 22 Mac 2004

1) Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.

2) Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Ia juga WAJIB bagi seluruh umat Islam samada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah SWT. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia.

3) Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang penjajah zionis Israel sewajarnya mendapat sokongan dari pemimpin serta umat Islam seluruhnya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi setelah bertahun-tahun menghadapi tekanan zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan ketenteraan, perubatan, diplomatic dan segala sokongn untuk membantu jihad mereka.

4) Menyeru agar jangan sama sekali membina hubungan baik dengan zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dagangan zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar umat Islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dagang dengan rejim zionis yang kejam dan zalim ini.

5) Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan sikap serta permusuhan yang dilakukan di bumi Palestin oleh zionis Israel. Waktunya akan datang seperti yang Allah janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji Allah SWT itu.

6) Masjid Al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh zionis Israel.

7) Meminta kepada umat Islam supaya membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan Palestin.

Inilah Syeikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin,
walaupun cacat dan bergerak di atas kerusi roda
telah memenuhi cita-cita perjuangannya dengan harga yang termahal.
Kata-kata penyair terrenal, Soleh Asymawi yang ditujukan lepada beliau:

“Kau akan tetap menjadi bintang yang bergemerlapan di galaksi jihad kami….
Wahai lumpuh yang telah menggentarkan musuh!”

“Barat mendesak kami menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-penceroboh itu meninggalkan tanahair kami. Sebaliknya, menyuruh kami menyerah sahaja dan menyokong penjajahan. Pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang sebenarnya.”
-Syeikh Ahmad Yassin

Seorang syair moden perihal diri Syeikh Ahmad Yasin:

Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak di ruang yang terbatas,
Telah membuka di hadapanmu ufuk dan zaman yang luas
Ia (kerusi roda) telah mengajar (manusia) erti perlawanan dan bukannya
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin Arab) yang lari ketakutan
Dia (Syeikh Ahmad Yassin) menikmati kelazatan sebuah kematian
dan kebenarannya
Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan…

-----

Monday, March 8, 2010

Syukur....

Ya Rabbul Jalil, Ya Rahman, Ya Rahim

Ku panjatkan keyukuran ku yang tak terhingga padaMU. Ku titipkan kerindan ku pada Mu. Wahai kekasih yang ku nantikan, penghulu segala Nabi, selawat dan salam keatas mu dan ahlul bait.
Sudah lama aku tidak membuat entry ke dalam blog ini. Bukan tiada apa yang berlaku, bahkan terlalu banyak yang berlaku yang tidak sempat dirakamkan. Dua tiga bulan kebelakangan ini begitu sibuk dengan tugas-tugas pejabat. Masa di rumah amat berharga. Terasa bahagianya apabila dapat bersama-sama anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka.
Ya Allah terimakasih keran memberikan ku seorang suami yang gagah dan bertanggungjawab dalam melindungi keluargaku. Suami yang begitu romantik dan penyayang dalam membelai perasaanku. Ku syukuri akan nikmat anak anak yang begitu menghiburkan hatiku. Ya Allah ku mohon agar Kau sentiasa melindungi kami dari kemusyrikan, kefasikan dan kemunafikan. Ya Allah, ku tahu, ini semua adalah milik Mu dan aku serahkan kepada Mu atas segala-galanya, kerana ku yakin, bahawa Engkau sangat menyayangi makhlik ciptaan Mu. ku Yakin bahawa, apa yang Kau titipkan adalah yang terbaik bagi kami. Suka yang kirimkan untuk menenang dan merehatkan hati kami, duka yang kau kirimkan untuk meneguhkan hati kami. Ya Allah, janganlah Kau hisab kami di akhirat kelak melainkan Kau permudahkan urusan itu buat kami. Ampunilah kami....

Wednesday, August 5, 2009

Panduan mendidik anak

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga ? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki , pertama kepada Allah , kedua rasul , ketiga emak dan emak mentua , keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri . Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu

Tips mendapatkan kasih sayang anak-anak

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
(dari USM Net)