Tuesday, July 19, 2011

Graves Disease

Assalamualaikum warahmatullah,


Dah lama tak buat entry. Entry hari ni adalah berkaitan Graves Disease (GD). Kenapa saya berminat dengan tajuk ini? Ini adalah disebabkan saya telah disahkan menghidap penyakit ini. Mula-mula rasa OK je, sebab tak tahu sangat. Tetapi bila dah baca banyak, barulah saya tahu bahawa penyakit ni serious juga. Walaupun saya seorang doktor perubatan, dan saya telah belajar dan pernah merawat penyakit ini, namun jauh bezanya antara mengetahui untuk merawat dan mengalami sendiri penyakit tersebut.


Walaupun saya tahu hampir semua tanda penyakit, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaanya bila mengalami tanda tersebut. Saya sentiasa tercari-cari maklumat di internet sehinggalah saya terjumpa forum berkaitan GD dan ahli-ahlinya adalah pesakit GD. Forum ni adalah satu support group. Ahli akan melontarkan masalah dan ahli lain akan membantu dengan memberi nasihat mengikut pengalamn masing-masing. Betullah kalau kita nak katakan bahawa berguru dari pengalaman itu yang paling senang dah mudah difahami dan paling relevan dengan diri kita.


Saya harap entri ini dapat dimanafaatkan oleh pesakit GD untuk memahami penyakit mereka. GD menyebabkan hyperthyroidism. Hyperthyroidism adalah satu keadaan di mana hormon tiroid terlebih aktif . Tanda-tanda yang saya alami semasa mengidap penyakit ini adalah:


1. Berdebar (palpitation). keadaan ini sangat teruk pada waktu pagi. Oleh kerana sangat berdebar, maka saya cepat penat apabila melakukan sedikit pekerjaan. Ada masanya saya akan tercungap-cungap apabila bercakap dan sukar menghabiskan ayat. Perasaan berdebar itu juga menyebabkan saya sukar bernafas dan sukar menelan dan menyebabkan saya sukar menghabiskan makanan.

2. Badan menggigil. Saya selalu merasakan badan menggigil, bkan kerana kesesjuakan, tetapi lebih kepada keletihan, terutama bahagian tangan. Yang paling teruk. saya tidak boleh menekan keyboard kerana terlalu menggigil.

3. Lemah otot. Ini sangat ketar pada otot peha. Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah ketika hendak bagun dari sujud ke posisi berdiri. Otot sangat lemah hingga tidak kuat untuk berdiri.

4.Saya juga mengalami keresahan yang ketara, sukar tidur dan perasaan yang tidak tenteram. Emosi sangat cepat terganggu.

5. Walaubagaimanapun saya tidak mempunyai tanda di bahagian mata atau dikenali sebagai (throid eye Disease (TED). TED adalah penyakit di mana mata akan terbonjol keluar, kelopak bawah mata akan bengkak dan merah, bahagian mata putih (sclera) nampak jelas. Penglihatan boleh menjadi dua, kabur, mata rasa kering dan pedih. TED perlu rawatan segera kerana boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.


Semua gejala di atas dapat dikurangkan apabila mendapat rawatan dengan segera.


Saya telah menerima rawatan radioaktif iodin (RAI). Saya mengambil rawatan ini disebabkan rawatan biasa tidak berkesan. Setelah 4 hari selepas rawatan, gejala tiroid semakin teruk. Saya mula mendapat TED pada mata sebelah kiri. Saya perlu mendapatkan nasihat pakar samada saya perlu mendapat rawatan lain. Tahukah anda bahawa selepas RAI, kesan sampingan yang paling ketara adalah boleh mendapat TED dan hypotiroid (hormon tiroid rendah) dan ini mengakibatkan kegemukan akibat metabolisma yang rendah.