Wednesday, September 15, 2010

Anak anda tak mahu ke sekolah?

Ramai ibubapa meden sekarang yang mengeluh mengenai anak mereka yang sukar nak ke sekolah. Di suatu hari, ketika aku menghantar anak ke sekolah aku terdengar dan terlihat satu senario antara seornag bapa dan anak lelakinya yang enggan ke sekolah. Bapanya tampak begitu kesal dan marah dengan gelagat si anak. Sambil memgang sebatang kayu dan menugut anak serta memarahi nak yang banyak menyusahkan beliau setiap pagi supaya ke sekolah. Si anak pula menangis sekuat hati dan cuba melepaskan diri dari sibapa. Dalam hati, aduh kesihannya si anak yang masih kecil, tetapi diherdik begitu oleh bapa. Tapi aku tidak menyalahkan si bapa, kerana aku sendiri pernah dalam situasi yang sama, dan aku tahu betapa marah dan geramnya perasaan seorang ibu setalah bertungkuslumus mengejutkan anak, memandikan anak, menydiakan sarapan, menyuapkan makanan dan mengemaskan jadual anak-anak seawal jam 5 30 pagi, sedangkan anak, begitu susah untuk bangun, malas mandi hingga perlu diangkat ke bilik air dan seterusnya..., tetapi bila sampai van untuk mengambil anak tersebut, dia enggan ke sekolah... pedihkan.. si ibu pula telah keletihan.. mahu sahaja dia memalukan anaknya dihadapan kawan-kawan yang lain. Betulkan? mahu sahaja dia memrahi dan memukul anak tersebut.. Masa sudah lewat, siibu juga harus bekejar ke pejabat. Mujur kalau ada sibapa yang menolong. Tapi andaikata si bapa juga sudah tiada, mungki kena pergi kerja lebih awal, atau outstation. maka akan lebih berkecamuklah hati tersebut.
Wahai ibu dan bapa, besabarlah kamu atas ujian yang paling kecil ini. Anak adalah amanah Allah untuk dibelai, dijaga dan dididik, bukan diherdik dengan kata-kata sindiran, atau disakiti kerana kita memang berpotensi menyakiti mereka. Memotivasi anak tidak bermakna merendah-rendahkan kemampuan mereka atau menyindir mereka. Ingin saya kongsikan pengalaman saya bagaimana saya menghadapi situasi seperti ini. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang enggan ke sekolah selama hampir 4 tahun bermula dari darjah 4 hingga Ting 1. Tetapi alhamdulillah sekarang dia telah rajin ke seolah dan telah meraih banyak kejayaan dalam aktiviti ko kurikulum dan kurikulum. Bagaimana dia boleh berubah?.....( bersambung......)

Wednesday, April 28, 2010

Kalah lagi

Pukul 1 tghhari, kebiasaan ku mengambil Buraidah dan Mutsanna dari Tadika. Saat yang sentiasa di nanti-nanti. Sangat seronok melihat kegembiraan di wajah mereka sewaktu pulang. Biasanya Buraidah atau Mutsanna akan buat surprise untuk Ummi dengan menyorok dan menyergah, dan ummi pula akan pura-pura terperanjat dan kemudian kami sama-sama ketawa. Hari ni, Mutsanna mengomel lagi, ummi selalu lambat ambil. Padahal masih ramai lagi kawan-kawan yang belum pulang. Ayat yang seterusnya ...sebab ummi lambat jadi ummi mesti gi ke kedai. Hari ini, aku nak cuba power sebagai ummi pula. Oklah, hari ni tak yah pegi ke kedai, tapi ummi bagi duit untuk simpan ok? Tampak kegembiraan di wajah mereka. Ok semua setuju. Aku pun mula memusingkan kereta untuk pulang. Kebetulan kedai terletak betul-betul di hadapan tempat pusingan. Sementara menunggu kereta dari belakang, akupun mengeluarkan 2 ringgit seorang untuk si kembar. Tak disangka-sangka ke dua-duanya pun terus membuka pintu dan berlari ke kedai. Aku pun terus memesan, jangan beli mainan ye, beli makanan. mereka berdua senyap je dan terus berlalu. Tak lama lepas tu ke dua-duanya masuk dengan mainan di tangan. Bila ditanya.. katanya makcik kedai tu tunjuk mainan tu dan cukup untuk duit yang dibekalkan. Emm tak terkata apa. Tak sampai hati nak marah bila melihat keriangan di muka mereka memainkan permainan yang baru dibeli tersebut. Ya Allah, kadang-kadang takut juga memikirkan tentang diri ini yang terlalu mudah lebur dengan anak-anak. Tak mampu nak bertegas dalam hal-hal begini. Ya Allah pimpinlah daku dalam mendidik anak-anak. Ya Allah, bimbinglah mereka menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Ameen.

Tuesday, March 23, 2010

AMANAT TERAKHIR SYEIKH AHMAD YASSIN (BAPA INTIFADHAH PALESTIN)
Tarikh syahid: 22 Mac 2004

1) Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.

2) Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Ia juga WAJIB bagi seluruh umat Islam samada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah SWT. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia.

3) Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang penjajah zionis Israel sewajarnya mendapat sokongan dari pemimpin serta umat Islam seluruhnya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi setelah bertahun-tahun menghadapi tekanan zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan ketenteraan, perubatan, diplomatic dan segala sokongn untuk membantu jihad mereka.

4) Menyeru agar jangan sama sekali membina hubungan baik dengan zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dagangan zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar umat Islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dagang dengan rejim zionis yang kejam dan zalim ini.

5) Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan sikap serta permusuhan yang dilakukan di bumi Palestin oleh zionis Israel. Waktunya akan datang seperti yang Allah janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji Allah SWT itu.

6) Masjid Al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh zionis Israel.

7) Meminta kepada umat Islam supaya membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan Palestin.

Inilah Syeikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin,
walaupun cacat dan bergerak di atas kerusi roda
telah memenuhi cita-cita perjuangannya dengan harga yang termahal.
Kata-kata penyair terrenal, Soleh Asymawi yang ditujukan lepada beliau:

“Kau akan tetap menjadi bintang yang bergemerlapan di galaksi jihad kami….
Wahai lumpuh yang telah menggentarkan musuh!”

“Barat mendesak kami menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-penceroboh itu meninggalkan tanahair kami. Sebaliknya, menyuruh kami menyerah sahaja dan menyokong penjajahan. Pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang sebenarnya.”
-Syeikh Ahmad Yassin

Seorang syair moden perihal diri Syeikh Ahmad Yasin:

Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak di ruang yang terbatas,
Telah membuka di hadapanmu ufuk dan zaman yang luas
Ia (kerusi roda) telah mengajar (manusia) erti perlawanan dan bukannya
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin Arab) yang lari ketakutan
Dia (Syeikh Ahmad Yassin) menikmati kelazatan sebuah kematian
dan kebenarannya
Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan…

-----

Monday, March 8, 2010

Syukur....

Ya Rabbul Jalil, Ya Rahman, Ya Rahim

Ku panjatkan keyukuran ku yang tak terhingga padaMU. Ku titipkan kerindan ku pada Mu. Wahai kekasih yang ku nantikan, penghulu segala Nabi, selawat dan salam keatas mu dan ahlul bait.
Sudah lama aku tidak membuat entry ke dalam blog ini. Bukan tiada apa yang berlaku, bahkan terlalu banyak yang berlaku yang tidak sempat dirakamkan. Dua tiga bulan kebelakangan ini begitu sibuk dengan tugas-tugas pejabat. Masa di rumah amat berharga. Terasa bahagianya apabila dapat bersama-sama anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka.
Ya Allah terimakasih keran memberikan ku seorang suami yang gagah dan bertanggungjawab dalam melindungi keluargaku. Suami yang begitu romantik dan penyayang dalam membelai perasaanku. Ku syukuri akan nikmat anak anak yang begitu menghiburkan hatiku. Ya Allah ku mohon agar Kau sentiasa melindungi kami dari kemusyrikan, kefasikan dan kemunafikan. Ya Allah, ku tahu, ini semua adalah milik Mu dan aku serahkan kepada Mu atas segala-galanya, kerana ku yakin, bahawa Engkau sangat menyayangi makhlik ciptaan Mu. ku Yakin bahawa, apa yang Kau titipkan adalah yang terbaik bagi kami. Suka yang kirimkan untuk menenang dan merehatkan hati kami, duka yang kau kirimkan untuk meneguhkan hati kami. Ya Allah, janganlah Kau hisab kami di akhirat kelak melainkan Kau permudahkan urusan itu buat kami. Ampunilah kami....