Sunday, May 24, 2009

Muda yang tak akan kembali

Kekadang hati terasa sayu bila mengimbau kembali masa lalu. Masa yang jika diputarkan kembali pasti akan ku isi dengan perkara yang lebih baik. Masa yang begitu banyak ku luangkan mengisi perkara-perkara yang sia-sia. Sukar untuk diingatkan apakah masa-masa berharga.... Jumlahnya amat sedikit. Kenangan manis bersama ibu ketika dikebun. Mencari etak dan remis bersama keluarga... sungguh menyeronokkan. Membantu ibu membawa pulang hasil dari kebun untuk dijual.. sangat penat.... Ketika itu rasanya mahu aje kutinggalkan barangan tersebut dan pergi bermain. Tapi, indahnya bila dikenanngkan kembali kegembiraan diwajah bonda tercinta melihat penat lelahnya selama ini terhasil. Bonda, anak ini selalu saja mengingkari perintahmu. Masih ingat ketika aku terpaksa menanggung malu diejek oleh rakan-rakan mengaji kerana ibu telah menghatar ku ke tempat mengaji dengan rotan. Lepas tu, memang tak ponteng dah. Aku bersyukur kerana ibu berjaya mengasuhku sehingga aku dapat menamatkan kelas alQuran .. Bonda, kau jarang amat memarahi kami. Kami sedar, kau terlalu sibuk membantu kewangan keluarga. Seingatku, semua sayur yang kami makan, tidak pernah dibeli. Udang galah, ikan sungai, etak dan remis sentiasa menjadi makanan kami. MasyaAllah, buah yang melimpah ruah, tak termakan, walaupun setelah di beri pada jiran-jiran. Sesekali kami dapat menikmati ayam kampong dan burung2 hutan.
Mengenangkan semua itu, aku bertanya diriku semula........ mengapakah aku tidak berbakti kepada ibu bapa ku sewaktu masih berpeluang dulu? Sewaktu ibu sakit, mengapa ku tidak membelai dan menemaninya. Mengapa dulu ku tidak berbicara dengan ibu tentang soal hati?... Kini ku berharap andainya masa dapat diputarkan kembali, aku dapat menyediakan juadah yang istimewa untuk ibu ketika aku bersamanya dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Aku bisa memicit tubuh tuanya yang kepenatan setelah seharian kekebun. Ya.. setelah aku melihat......... aku mahu, andainya aku dapat kembali ke usia muda ku untuk bermesra dengan ibu. Dunia yang ku kejar, wang ringgit, kejayaan ku tidak membawa erti apa-apa kepada hubungan ini. Manusia itu tak mampu mengembalikan masa yang lalu. Ku harus memandang ke hadapan. Apa yang boleh ku lakukan ialah menadah tangan meohon ampun agar kedua orang tuaku diberi keampunan oleh Allah s.w.t. Semoga Allah mengasihinya sebagaimana ia mengasihiku sewaktu ku kecil dahulu. Y a Allah, masukkanlah mereka ke dalam syurga berserta dengan orang-orang yang beriman. Himpunkanlah kami di taman-taman syurga mu kelak.....

Saturday, May 23, 2009

Doa ku.........

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiadaterbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terusbersamanya
Sekir­anya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl­ah aku sifat kasih dan redha atas segalaperbuatannya
Se­kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah­ tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya­...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekir­anya suami ku tunduk terhadap nafsu yangmelalaikan..
Kurn­iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkankeadaa­nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau
pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena
Ya Allah...Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan danketelanjuranku
Sek­iranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbingla­h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu
Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Wednesday, May 20, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta.........

Jika aku jatuh cinta Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu… Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu… Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu… Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu Amin…Ya rabbal a’lamin…

Saturday, May 16, 2009

La taghdhab

Janganlah kamu marah!. sungguh ringkas dan padat.... salah satu petikan daripada hadis rasululullah s. a.w.. Selama ini aku menyangka bahwa aku ini orang yang sabar, sangat berhati-hati apabila mengeluarkan perkataan agar tidak menyinggung perasaan orang. Orang disekeliling ku juga memberitahu bahawa aku jarang marah. Betulkah... Janganlah tertipu dengan panadngan orang wahai sahabat-sahabat diluar sana. Anda mungkin bersifat lemah lembut, tetapi tidak semestinya anda bukan seorang pemarah. Cuma anda belum diuji dengan perkara-perkara yang boleh membuat anda marah. Cuba anda perhatikan hubungan dengan orang yang paling rapat dengan anda seperti adik-adik anda. Cuba anda perhatikan reaksi anda apabila seseorang menceritakan keburukan dan kelemahan anda. Seandainya anda mudah defensive, maka anda mungkin masih belum boleh mengawal diri anda. Cubalah diam apabila anda dikritik. Anda perlu masa untuk memahami kritikan. Sekiranya kita cepat melenting, kita telah terlepas satu peluang besar untuk memperbaiki diri

Monday, May 11, 2009

Nikmat dunia

Nikmat yang kukecapi terlalu banyak ya Allah. mampukah aku menjadi hambaMu yang mensyukuri nikmatMu. Banyakkah diriku menyebut nikmatMu. Apakah ku cukup membesar dan memuliakanMu ya Allah. terasa diri ini sungguh hina. Kekadang ku ditimpa sedikit ujian maka ku kan bersedih sehingga seolah-olah dunia ini tidak ada rahmat sedikitpun pada ku. Sedangkan masa sedihku amat sedikit berbanding masa gembiraku. Tetapi sifat manusia, tidak mahu melepaskan apa yang disayanginya walaupun ia tahu bahawa perkara itu bukan miliknya. Lihat sahaja anak-anak kecil yang sedang bermain. Apabila mereka berebutkan barang, kita epat saja membenarkan barang tersebut diserahkan kepada yang lebih berhak. Kita nasihati mereka bahawa mereka boleh bermain sahaja tetapi tidak boleh memilikinya. Apabila tuan empunya ingin mengambil barang itu kembali, pulangkanlah dengan baik-baik. Tak pelu memarahi tuan empunya barang tentang haknya, dan tidak perlu pula kita bersedih kerana sememangnya bukan milik kita.

Segala yang kita kecapi di dunia ini hanyalah pinjaman. Allah yang Maha pengasih, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, meminjamkan kita segala-nya. Gunalah barang pinjaman dengan sebaik-baiknya. Jagalah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Tak perlu berbangga dengan apa yang kita ada.... Hanya pinjaman kan..... Tapi Allah telah berjanji sekiranya kita melaksanakan perintahnya, memberikan kembali harta yang dipinjam, menggadaikan nyawa, mengorbankan insan-insan yang kita sayanagi semata-mata kerana mencari keredhaanNya, maka Allah akan memberikan ganjaran berlipatkali ganda pula. Bukankan ini satu perniagaan yang sangat menguntungkan.. . Sangat menguntungkan. Rugilah mereka yang tidak menceburi perniagaan ini.

Nah cuba bayangkan di dunia -- seorang yang sangat fakir, mendapat pinjaman. sipeminjam, yang memberikan pinjaman, bukan sahaja tidak menuntut balik pinjamannya bahkan memberi balasan lain yang berlipat kali ganda banyaknya pula... Mulianya sepeminjam itu kan..

Ya Allah ketika insan yang tersayang kau ambil dari diriku, kau telah menggantikan dia dengan insan yang lain pula untuk kusayangi. Sayangku tak pernah hilang, tak pernah berkurangan tetapi semakin bertambah. Ya Allah nikmat Mu yang manakah yang boleh ku dustakan? Setiap kesedihan itu kau tutupi dengan kebahagiaan selepasnya.

Setelah Ku Dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Kumpulan Rast

Ibu oh Ibu

Ibu... memori apakah yang tersimpan dibenak ini untuk mu?. Puas ku menjelajahi disegenap ruang untuk mengutip segala memori yang kau tinggalkan tetapi yang ku jumpai adalah hanya kesedihan. Ketikau kau pergi meninggalkan kami, aku begitu dahagkan kasihmu oh ibu. Setiap kali aku mengingati mu yang dapat ku ingati adalah saat aku menghadap tubuhmu yang terbaring, sambil dada mu berombak-ombak dengan nafas yang dalam dan perlahan. Aku membaca surah Yaasin disisimu sehinggalah kau kembali menghadap ke rahmatullah. Yang aku ingat adalah kali terakhir ku mengucup dahimu dalam kain kafan sambil cuba menahan airmataku agar tidak tumpah ke atas wajahmu yang putih bersih itu.
Ibu... ku doakan agar kau berehat dengan tenteram di alam barzakh. Ya Allah kasihanilah ibuku sebagaimana ia mengasihani diriku sewaktu ku kecil