Monday, May 11, 2009

Nikmat dunia

Nikmat yang kukecapi terlalu banyak ya Allah. mampukah aku menjadi hambaMu yang mensyukuri nikmatMu. Banyakkah diriku menyebut nikmatMu. Apakah ku cukup membesar dan memuliakanMu ya Allah. terasa diri ini sungguh hina. Kekadang ku ditimpa sedikit ujian maka ku kan bersedih sehingga seolah-olah dunia ini tidak ada rahmat sedikitpun pada ku. Sedangkan masa sedihku amat sedikit berbanding masa gembiraku. Tetapi sifat manusia, tidak mahu melepaskan apa yang disayanginya walaupun ia tahu bahawa perkara itu bukan miliknya. Lihat sahaja anak-anak kecil yang sedang bermain. Apabila mereka berebutkan barang, kita epat saja membenarkan barang tersebut diserahkan kepada yang lebih berhak. Kita nasihati mereka bahawa mereka boleh bermain sahaja tetapi tidak boleh memilikinya. Apabila tuan empunya ingin mengambil barang itu kembali, pulangkanlah dengan baik-baik. Tak pelu memarahi tuan empunya barang tentang haknya, dan tidak perlu pula kita bersedih kerana sememangnya bukan milik kita.

Segala yang kita kecapi di dunia ini hanyalah pinjaman. Allah yang Maha pengasih, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, meminjamkan kita segala-nya. Gunalah barang pinjaman dengan sebaik-baiknya. Jagalah amanah itu dengan sebaik-baiknya. Tak perlu berbangga dengan apa yang kita ada.... Hanya pinjaman kan..... Tapi Allah telah berjanji sekiranya kita melaksanakan perintahnya, memberikan kembali harta yang dipinjam, menggadaikan nyawa, mengorbankan insan-insan yang kita sayanagi semata-mata kerana mencari keredhaanNya, maka Allah akan memberikan ganjaran berlipatkali ganda pula. Bukankan ini satu perniagaan yang sangat menguntungkan.. . Sangat menguntungkan. Rugilah mereka yang tidak menceburi perniagaan ini.

Nah cuba bayangkan di dunia -- seorang yang sangat fakir, mendapat pinjaman. sipeminjam, yang memberikan pinjaman, bukan sahaja tidak menuntut balik pinjamannya bahkan memberi balasan lain yang berlipat kali ganda banyaknya pula... Mulianya sepeminjam itu kan..

Ya Allah ketika insan yang tersayang kau ambil dari diriku, kau telah menggantikan dia dengan insan yang lain pula untuk kusayangi. Sayangku tak pernah hilang, tak pernah berkurangan tetapi semakin bertambah. Ya Allah nikmat Mu yang manakah yang boleh ku dustakan? Setiap kesedihan itu kau tutupi dengan kebahagiaan selepasnya.

No comments:

Post a Comment