Sunday, May 24, 2009

Muda yang tak akan kembali

Kekadang hati terasa sayu bila mengimbau kembali masa lalu. Masa yang jika diputarkan kembali pasti akan ku isi dengan perkara yang lebih baik. Masa yang begitu banyak ku luangkan mengisi perkara-perkara yang sia-sia. Sukar untuk diingatkan apakah masa-masa berharga.... Jumlahnya amat sedikit. Kenangan manis bersama ibu ketika dikebun. Mencari etak dan remis bersama keluarga... sungguh menyeronokkan. Membantu ibu membawa pulang hasil dari kebun untuk dijual.. sangat penat.... Ketika itu rasanya mahu aje kutinggalkan barangan tersebut dan pergi bermain. Tapi, indahnya bila dikenanngkan kembali kegembiraan diwajah bonda tercinta melihat penat lelahnya selama ini terhasil. Bonda, anak ini selalu saja mengingkari perintahmu. Masih ingat ketika aku terpaksa menanggung malu diejek oleh rakan-rakan mengaji kerana ibu telah menghatar ku ke tempat mengaji dengan rotan. Lepas tu, memang tak ponteng dah. Aku bersyukur kerana ibu berjaya mengasuhku sehingga aku dapat menamatkan kelas alQuran .. Bonda, kau jarang amat memarahi kami. Kami sedar, kau terlalu sibuk membantu kewangan keluarga. Seingatku, semua sayur yang kami makan, tidak pernah dibeli. Udang galah, ikan sungai, etak dan remis sentiasa menjadi makanan kami. MasyaAllah, buah yang melimpah ruah, tak termakan, walaupun setelah di beri pada jiran-jiran. Sesekali kami dapat menikmati ayam kampong dan burung2 hutan.
Mengenangkan semua itu, aku bertanya diriku semula........ mengapakah aku tidak berbakti kepada ibu bapa ku sewaktu masih berpeluang dulu? Sewaktu ibu sakit, mengapa ku tidak membelai dan menemaninya. Mengapa dulu ku tidak berbicara dengan ibu tentang soal hati?... Kini ku berharap andainya masa dapat diputarkan kembali, aku dapat menyediakan juadah yang istimewa untuk ibu ketika aku bersamanya dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Aku bisa memicit tubuh tuanya yang kepenatan setelah seharian kekebun. Ya.. setelah aku melihat......... aku mahu, andainya aku dapat kembali ke usia muda ku untuk bermesra dengan ibu. Dunia yang ku kejar, wang ringgit, kejayaan ku tidak membawa erti apa-apa kepada hubungan ini. Manusia itu tak mampu mengembalikan masa yang lalu. Ku harus memandang ke hadapan. Apa yang boleh ku lakukan ialah menadah tangan meohon ampun agar kedua orang tuaku diberi keampunan oleh Allah s.w.t. Semoga Allah mengasihinya sebagaimana ia mengasihiku sewaktu ku kecil dahulu. Y a Allah, masukkanlah mereka ke dalam syurga berserta dengan orang-orang yang beriman. Himpunkanlah kami di taman-taman syurga mu kelak.....

No comments:

Post a Comment