Sunday, July 5, 2009

Anakku kau akan mengerti

Jam 3 ptg, handphone ku berdering. Panggilan dari telefon Kak Ngah. Terlintas di hati, kak Ngah nak minta ambil cepat ke? Aku sedang menyampaikan ceramah dalam satu sesi perbincangan. Ku angkat telefon. Hello, umi...... suara manja yang sangat ku kenal... Oh Ateh rupanya, bisik hati. Ummi, baliklah cepat, kesian adik habis mukanya naik kudis. Bimbang dan cemas suaranya. Hatiku berdebar. Makin terukkah chickenpox yang dialami oleh anak kembarku?Tadi, nampak elok je. Aku cepat-cepat menghabiskan perbincangan ku, dan mendaatkan pandangan dari rakan bagaimana untuk mengubati penyakit anakku. Telefon berdering kembali..... Ummi, kat mana ni? Cepatlah balik. Ummi, nak ambil ubat dulu ya, nanti ummi balik. Bibi kan ada, minta bibi bagi ubat.... Ateh tak mahu mengalah. Adik tak mahu dengan bibi, nak panggil ummi juga.
Ya Allah kau maha mengetahui bahawa hati ini begitu ingin untuk bersama anakku, terutama ketika mereka sakit. Tapi ya Allah, aku pasti kau juga tidak mahu diriku terlalu bakhil dengan ilmu yang kau berikan kepada ku. Kau amanahkan hidupku di dunia untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Mana mungkin aku meninggalkan pesakitku hanya kerana ingin berada dirumah menjaga mereka. Sedangkan pesakit ku juga lebih kritikal. Insan-insan yang menyayangi mereka juga sedang memangis memohon doa darimu. Ku serahkan anak-anaku kepada mu ya Allah, kerana ku tahu, betapa apa yang ku lakukan ini tidak sia-sia, bahkan semata-mata untuk mendekatkan diriku pada mu yaAllah.

No comments:

Post a Comment