Tuesday, July 28, 2009

Ketika kamu bersedih

Anak-anak ku, buah hati ku,
Percubaan PMR dah dekat ummi. 2 minggu lagi.. tapi isya tak da rasa nak study lah. Ummi tolonglah buat rule kat rumah supaya semua orang tak boleh tengok tv. Setiap kali peperiksaan mesti tension. Tapi Ummi tak risau tentang angah, biasanya akan bersedia last minute, sedaya upaya mu. Ummi pasti, kak Ngah pasti tidak mahu alah dengan rakan-rakan sebaya mu. Kak Ngah mahu menjadi yang terbaik sahaja. Ummi faham perasaan kak Ngah kerana ummi juga begitu. Ummi sangat kecewa apabila dikalahkan oleh rakan-rakan sekelas. Itulah perasaan ego yang perlu dilawan. Ummi hanya berjaya mengatasi perasaan ego itui apabila ummi mengenal islam. Kalah bukan bermakna lemah. Kekalahan adalah satu pengajaran supaya kita boleh bangun. Ah...ujian peperiksaan itu sangat mudah anakku. Jawapan adalah skema. Habis periksa mesti tahu lulus atau gagal.
Anak-anakku, Hidup ini tidak akan lari dari ujian. ujian hidup adalah lebih payah. Kita mungkin tidak tahu apakah persiapan yang perlu dilakukan. Bentuk ujian bagaimanakah yang akan kita lalui? Apakah skema jawapannya? Berbagai macam ujian yang akan datang. Dalam bentuk kecantikan, kecerdikan, populariti, kekayaan, kesakitan, kemiskinan dan apa-apa lagi yang boleh merangsang naluri emosimu. Anakku, jangan kau mengeluh dengan ujian-ujian ini. Bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu. Ujian ini adalah untuk mematangkan emosimu dan menjadikan kamu insan yang lebih sensitif tetapi lebih stabil emosinya. Allah telah menjanjikan nafsu- al-muthmainnah bagi sesiapa yang telah berjaya mengharungi segala ujian itu. Skema jawapan bagi setiap ujian berbeza-beza natijahnya. Dan yang lebih cantiknya, seandainya kamu gagal dalam satu ujian tidak bermakna kamu pasti gagal dalam ujian seterusnya, dan begitulah sebaliknya.
Anak-anaku, ummi harap ummi masih ada disisimu semasa kamu menghadapi ujian-ujian besar agar dapat ummi titipkan pengalaman-pangalaman sebagai panduan. Ummi mahu, kau dapat meneruskan langkah perjalanan di muka bumi ini dengan lebih baik. Anakku, seindah manapun zaman remajamu, ia tidak akan akan kekal indah selamanya. Kau akan menghadapi hari-hari yang paling pahit dalam hidupmu, mungkin sekali atau lebih dari itu. Andainya pengalaman pahit itu menemuimu, izinkan ummi berkongsi denganmu agar kurang bebananmu. Andai....ummi tiada disisimu, janganlah kau mencurahkannya kepada manusia, kecuali orang yang sangat kamu percayai dapat membantumu. Curahkanlah segala masalah mu kepada Allah yang Maha Pengasih dan maha Mendengar. Bangunlah di malam yang sepi mengadu nasib kepadaNya. Kau akan di dengari, percayalah. Janganlah pula kau terlalu gopoh mengharapkan pertolonganNya mengikut kemahuanmu, kerana insyaAllah, Allah akan memakbulkan permintaan mu dengan caraNya.
Anak-anakku, maafkan ummi kerana tidak berjaya mendidikmu dengan sebaik-baiknya. Namun, ummi sentiasa berdoa agar kamu semua mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, memahami agama ini dengan sebaik-baiknya dan taat kepada perintah Allah. Ummi sangat menyayangi kalian.
Buat suamiku,
Aku menyayangimu sepenuh hatiku. Cintaku adalah suci dan belum pernah ku berikan kepada mana-mana lelaki ajnabi didunia kecuali dirimu. Ku harap, kau mengerti, betapa besarnya harapanku padamu. Ku daokan, kau menemui kebahagiaan di dunia ini. dan itu adalah hakmu. Berdosa bagiku, untuk menghalang apa yang telah menjadi hakmu. Semoga Allah terus mendidik hatiku dari segala mazmumah yang keji itu. Doakan agar daku berjaya mendapatlkan nafsu-al- muthmainnah yang sangat ku rindui kehadirannya. Maafkan segala kekurangan ku.Redhailah diriku, keran syurgaku, terletak atas keredhaanmu. Ya Allah, izinkan aku menemui lagi Ramadhan kali ini. Izinkan aku memuji dan memujamu semahu hatiku. Tiada daya upaya ku melainkan dengan izinMU.

No comments:

Post a Comment