Sunday, July 19, 2009

Sibuknya

Kebelakagan ini, hari-hariku amat sibuk sekali. Tambahan pula dengan stamina yang agak kurang dek usia dan kurangnya menjaga fizikal ku, aku betul-betul penat sekali. Badan ku sakit-sakit. Ubat yang biasa ku telan untuk menghilang kesakitan , seperti sudah tiada kesannya lagi. Jantungku berdegup dengan lebih kencang hari ini. Apakah ini masalah fizikal atau apa?.. Apakah ini tanda-tanda dari mu ya Allah bahawa aku bakal menemuimu dalam jangkamasa yang terdekat? Saban kali ketika sujud di dalam solatku, ku mengadu padamu tentang kepayahan ini. Tapi, hari ini, perasaan ku agak berlainan. Seolah-olah kematian begitu hampir denganku, sedangkan amalan buat bekalan menghadapi mu belum cukup lagi. Ya Allah, janganlah kau matikan ku melainkan dalam iman. Berilah pengakhiran yang paling baik buat ku. Jauhkan diriku dari azab neraka. Tempatkan diriku di dalam syurga bersama orang-orang yang berbakti kepadamu
Ya Allah, andainya ditakdirkan, aku lebih dahulu meninggalkan mereka, ku mohon agar, anak-anakku akan terus dalam peliharaanMu. Jadikanlah mereka sentiasa mengingatiMu, dan berbakti di jalanMu. Jadikanlah mereka insan-insan yang diberi kefahaman dalam agama ini.
Buat suamiku, Tidak ada dosamu kepada ku. Kau adalah sebaik-baik suami. dalam menjaga amanahmu. Kau sangat lemah lembut terhadap isteri dan anak-anakmu. Wahai suamiku, ku doakan semoga dirimu juga ditempat ke dalam syurga bersama para syuhada....

No comments:

Post a Comment