Tuesday, July 19, 2011

Graves Disease

Assalamualaikum warahmatullah,


Dah lama tak buat entry. Entry hari ni adalah berkaitan Graves Disease (GD). Kenapa saya berminat dengan tajuk ini? Ini adalah disebabkan saya telah disahkan menghidap penyakit ini. Mula-mula rasa OK je, sebab tak tahu sangat. Tetapi bila dah baca banyak, barulah saya tahu bahawa penyakit ni serious juga. Walaupun saya seorang doktor perubatan, dan saya telah belajar dan pernah merawat penyakit ini, namun jauh bezanya antara mengetahui untuk merawat dan mengalami sendiri penyakit tersebut.


Walaupun saya tahu hampir semua tanda penyakit, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaanya bila mengalami tanda tersebut. Saya sentiasa tercari-cari maklumat di internet sehinggalah saya terjumpa forum berkaitan GD dan ahli-ahlinya adalah pesakit GD. Forum ni adalah satu support group. Ahli akan melontarkan masalah dan ahli lain akan membantu dengan memberi nasihat mengikut pengalamn masing-masing. Betullah kalau kita nak katakan bahawa berguru dari pengalaman itu yang paling senang dah mudah difahami dan paling relevan dengan diri kita.


Saya harap entri ini dapat dimanafaatkan oleh pesakit GD untuk memahami penyakit mereka. GD menyebabkan hyperthyroidism. Hyperthyroidism adalah satu keadaan di mana hormon tiroid terlebih aktif . Tanda-tanda yang saya alami semasa mengidap penyakit ini adalah:


1. Berdebar (palpitation). keadaan ini sangat teruk pada waktu pagi. Oleh kerana sangat berdebar, maka saya cepat penat apabila melakukan sedikit pekerjaan. Ada masanya saya akan tercungap-cungap apabila bercakap dan sukar menghabiskan ayat. Perasaan berdebar itu juga menyebabkan saya sukar bernafas dan sukar menelan dan menyebabkan saya sukar menghabiskan makanan.

2. Badan menggigil. Saya selalu merasakan badan menggigil, bkan kerana kesesjuakan, tetapi lebih kepada keletihan, terutama bahagian tangan. Yang paling teruk. saya tidak boleh menekan keyboard kerana terlalu menggigil.

3. Lemah otot. Ini sangat ketar pada otot peha. Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah ketika hendak bagun dari sujud ke posisi berdiri. Otot sangat lemah hingga tidak kuat untuk berdiri.

4.Saya juga mengalami keresahan yang ketara, sukar tidur dan perasaan yang tidak tenteram. Emosi sangat cepat terganggu.

5. Walaubagaimanapun saya tidak mempunyai tanda di bahagian mata atau dikenali sebagai (throid eye Disease (TED). TED adalah penyakit di mana mata akan terbonjol keluar, kelopak bawah mata akan bengkak dan merah, bahagian mata putih (sclera) nampak jelas. Penglihatan boleh menjadi dua, kabur, mata rasa kering dan pedih. TED perlu rawatan segera kerana boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.


Semua gejala di atas dapat dikurangkan apabila mendapat rawatan dengan segera.


Saya telah menerima rawatan radioaktif iodin (RAI). Saya mengambil rawatan ini disebabkan rawatan biasa tidak berkesan. Setelah 4 hari selepas rawatan, gejala tiroid semakin teruk. Saya mula mendapat TED pada mata sebelah kiri. Saya perlu mendapatkan nasihat pakar samada saya perlu mendapat rawatan lain. Tahukah anda bahawa selepas RAI, kesan sampingan yang paling ketara adalah boleh mendapat TED dan hypotiroid (hormon tiroid rendah) dan ini mengakibatkan kegemukan akibat metabolisma yang rendah.

Wednesday, September 15, 2010

Anak anda tak mahu ke sekolah?

Ramai ibubapa meden sekarang yang mengeluh mengenai anak mereka yang sukar nak ke sekolah. Di suatu hari, ketika aku menghantar anak ke sekolah aku terdengar dan terlihat satu senario antara seornag bapa dan anak lelakinya yang enggan ke sekolah. Bapanya tampak begitu kesal dan marah dengan gelagat si anak. Sambil memgang sebatang kayu dan menugut anak serta memarahi nak yang banyak menyusahkan beliau setiap pagi supaya ke sekolah. Si anak pula menangis sekuat hati dan cuba melepaskan diri dari sibapa. Dalam hati, aduh kesihannya si anak yang masih kecil, tetapi diherdik begitu oleh bapa. Tapi aku tidak menyalahkan si bapa, kerana aku sendiri pernah dalam situasi yang sama, dan aku tahu betapa marah dan geramnya perasaan seorang ibu setalah bertungkuslumus mengejutkan anak, memandikan anak, menydiakan sarapan, menyuapkan makanan dan mengemaskan jadual anak-anak seawal jam 5 30 pagi, sedangkan anak, begitu susah untuk bangun, malas mandi hingga perlu diangkat ke bilik air dan seterusnya..., tetapi bila sampai van untuk mengambil anak tersebut, dia enggan ke sekolah... pedihkan.. si ibu pula telah keletihan.. mahu sahaja dia memalukan anaknya dihadapan kawan-kawan yang lain. Betulkan? mahu sahaja dia memrahi dan memukul anak tersebut.. Masa sudah lewat, siibu juga harus bekejar ke pejabat. Mujur kalau ada sibapa yang menolong. Tapi andaikata si bapa juga sudah tiada, mungki kena pergi kerja lebih awal, atau outstation. maka akan lebih berkecamuklah hati tersebut.
Wahai ibu dan bapa, besabarlah kamu atas ujian yang paling kecil ini. Anak adalah amanah Allah untuk dibelai, dijaga dan dididik, bukan diherdik dengan kata-kata sindiran, atau disakiti kerana kita memang berpotensi menyakiti mereka. Memotivasi anak tidak bermakna merendah-rendahkan kemampuan mereka atau menyindir mereka. Ingin saya kongsikan pengalaman saya bagaimana saya menghadapi situasi seperti ini. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang enggan ke sekolah selama hampir 4 tahun bermula dari darjah 4 hingga Ting 1. Tetapi alhamdulillah sekarang dia telah rajin ke seolah dan telah meraih banyak kejayaan dalam aktiviti ko kurikulum dan kurikulum. Bagaimana dia boleh berubah?.....( bersambung......)

Wednesday, April 28, 2010

Kalah lagi

Pukul 1 tghhari, kebiasaan ku mengambil Buraidah dan Mutsanna dari Tadika. Saat yang sentiasa di nanti-nanti. Sangat seronok melihat kegembiraan di wajah mereka sewaktu pulang. Biasanya Buraidah atau Mutsanna akan buat surprise untuk Ummi dengan menyorok dan menyergah, dan ummi pula akan pura-pura terperanjat dan kemudian kami sama-sama ketawa. Hari ni, Mutsanna mengomel lagi, ummi selalu lambat ambil. Padahal masih ramai lagi kawan-kawan yang belum pulang. Ayat yang seterusnya ...sebab ummi lambat jadi ummi mesti gi ke kedai. Hari ini, aku nak cuba power sebagai ummi pula. Oklah, hari ni tak yah pegi ke kedai, tapi ummi bagi duit untuk simpan ok? Tampak kegembiraan di wajah mereka. Ok semua setuju. Aku pun mula memusingkan kereta untuk pulang. Kebetulan kedai terletak betul-betul di hadapan tempat pusingan. Sementara menunggu kereta dari belakang, akupun mengeluarkan 2 ringgit seorang untuk si kembar. Tak disangka-sangka ke dua-duanya pun terus membuka pintu dan berlari ke kedai. Aku pun terus memesan, jangan beli mainan ye, beli makanan. mereka berdua senyap je dan terus berlalu. Tak lama lepas tu ke dua-duanya masuk dengan mainan di tangan. Bila ditanya.. katanya makcik kedai tu tunjuk mainan tu dan cukup untuk duit yang dibekalkan. Emm tak terkata apa. Tak sampai hati nak marah bila melihat keriangan di muka mereka memainkan permainan yang baru dibeli tersebut. Ya Allah, kadang-kadang takut juga memikirkan tentang diri ini yang terlalu mudah lebur dengan anak-anak. Tak mampu nak bertegas dalam hal-hal begini. Ya Allah pimpinlah daku dalam mendidik anak-anak. Ya Allah, bimbinglah mereka menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Ameen.

Tuesday, March 23, 2010

AMANAT TERAKHIR SYEIKH AHMAD YASSIN (BAPA INTIFADHAH PALESTIN)
Tarikh syahid: 22 Mac 2004

1) Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.

2) Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Ia juga WAJIB bagi seluruh umat Islam samada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah SWT. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia.

3) Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang penjajah zionis Israel sewajarnya mendapat sokongan dari pemimpin serta umat Islam seluruhnya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi setelah bertahun-tahun menghadapi tekanan zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan ketenteraan, perubatan, diplomatic dan segala sokongn untuk membantu jihad mereka.

4) Menyeru agar jangan sama sekali membina hubungan baik dengan zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dagangan zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar umat Islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dagang dengan rejim zionis yang kejam dan zalim ini.

5) Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan sikap serta permusuhan yang dilakukan di bumi Palestin oleh zionis Israel. Waktunya akan datang seperti yang Allah janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji Allah SWT itu.

6) Masjid Al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh zionis Israel.

7) Meminta kepada umat Islam supaya membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan Palestin.

Inilah Syeikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin,
walaupun cacat dan bergerak di atas kerusi roda
telah memenuhi cita-cita perjuangannya dengan harga yang termahal.
Kata-kata penyair terrenal, Soleh Asymawi yang ditujukan lepada beliau:

“Kau akan tetap menjadi bintang yang bergemerlapan di galaksi jihad kami….
Wahai lumpuh yang telah menggentarkan musuh!”

“Barat mendesak kami menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-penceroboh itu meninggalkan tanahair kami. Sebaliknya, menyuruh kami menyerah sahaja dan menyokong penjajahan. Pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang sebenarnya.”
-Syeikh Ahmad Yassin

Seorang syair moden perihal diri Syeikh Ahmad Yasin:

Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak di ruang yang terbatas,
Telah membuka di hadapanmu ufuk dan zaman yang luas
Ia (kerusi roda) telah mengajar (manusia) erti perlawanan dan bukannya
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin Arab) yang lari ketakutan
Dia (Syeikh Ahmad Yassin) menikmati kelazatan sebuah kematian
dan kebenarannya
Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan…

-----

Monday, March 8, 2010

Syukur....

Ya Rabbul Jalil, Ya Rahman, Ya Rahim

Ku panjatkan keyukuran ku yang tak terhingga padaMU. Ku titipkan kerindan ku pada Mu. Wahai kekasih yang ku nantikan, penghulu segala Nabi, selawat dan salam keatas mu dan ahlul bait.
Sudah lama aku tidak membuat entry ke dalam blog ini. Bukan tiada apa yang berlaku, bahkan terlalu banyak yang berlaku yang tidak sempat dirakamkan. Dua tiga bulan kebelakangan ini begitu sibuk dengan tugas-tugas pejabat. Masa di rumah amat berharga. Terasa bahagianya apabila dapat bersama-sama anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka.
Ya Allah terimakasih keran memberikan ku seorang suami yang gagah dan bertanggungjawab dalam melindungi keluargaku. Suami yang begitu romantik dan penyayang dalam membelai perasaanku. Ku syukuri akan nikmat anak anak yang begitu menghiburkan hatiku. Ya Allah ku mohon agar Kau sentiasa melindungi kami dari kemusyrikan, kefasikan dan kemunafikan. Ya Allah, ku tahu, ini semua adalah milik Mu dan aku serahkan kepada Mu atas segala-galanya, kerana ku yakin, bahawa Engkau sangat menyayangi makhlik ciptaan Mu. ku Yakin bahawa, apa yang Kau titipkan adalah yang terbaik bagi kami. Suka yang kirimkan untuk menenang dan merehatkan hati kami, duka yang kau kirimkan untuk meneguhkan hati kami. Ya Allah, janganlah Kau hisab kami di akhirat kelak melainkan Kau permudahkan urusan itu buat kami. Ampunilah kami....

Wednesday, August 5, 2009

Panduan mendidik anak

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga ? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki , pertama kepada Allah , kedua rasul , ketiga emak dan emak mentua , keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri . Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu

Tips mendapatkan kasih sayang anak-anak

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
(dari USM Net)

Saturday, August 1, 2009

Minggu yang penug bermakna

Hujung minggu lalu, sangat sibuk buat kami sekeluarga. Angah pergi program e-sastera. start hari khamis, habis sabtu tngahari. Along ada program daurah dan tuisyen. Harith pula ada program AADD, bertolak khamis dan pulang jumaat petang. Sementara ummi dan baba pun ada daurah. Tapi kesibukan itulah yang membuatkan kami lebih rapat sekeluarga. Masing-masing sibuk menceritakan pengalaman dan kejayaan masing-masing. Gembira betul ummi mendengarnya. Bagi ummi, inilah kehidupan sebenarnya, yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti soft skill. Input sebegini perlu untuk membina peribadi yang mantap

Hari ini, ummi masih belum sihat. Berdebar usah nak cakaplah. Letih pun ya. tapi ummi perlu bersabar dengan keadaan ini demi untuk suatu impian...............

Thursday, July 30, 2009

Harapan..............

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Wednesday, July 29, 2009

Menyambut Kedatangan Bulan Sya'ban

Apabila menjelmanya bulan Sya’ban maka ia memberi petanda bahawa kita semakin hampir untuk bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu sebagai persiapan untuk kita menghadapi bulan Ramadan ini ada antara kita tertanya-tanya tentang apakah amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Sya’ban ini. Sebenarnya, pada bulan Sya’ban Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan puasa hingga diriwayatkan bahawa baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut. Aisyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969. Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w khusus untuk bulan Sya’ban. Selain dari amalan ini tiada hadis sahih menunjukkan baginda mengkhususkan amalan-amalan tertentu sempena bulan Sya’ban. Malah, tidak wujud riwayat-riwayat daripada para sahabat menunjukkan mereka menyambut kedatangan Sya’ban dengan amalan-amalan tertentu. Namun, amalan-amalan sunnah yang lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa ma’thur boleh diteruskan sepanjang bulan Sya’ban sebagaimana bulan-bulan yang lain. Tentang hikmah Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi komentar di dalam Fath al-Bari Penjelasan Sahih al-Bukhari, edisi terjemahan oleh Amiruddin, terbitan Pustaka Azzam, jakarta.."Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban adalah seperti yang disebutkan oleh hadis dengan darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis terdahulu. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: "Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa dari sebahagian bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada ALLAH, TUHAN semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2317. Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Sya’ban ini dengan menggandakan ibadah puasa. Namun, terdapat beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang puasa pada bulan Sya’ban ini. Antara perkara-perkara tersebut adalah: 1. Bolehkah kita berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban? 2. Apakah dilarang berpuasa setelah melepasi pertengahan bulan Sya’ban? Bolehkah Kita Berpuasa Keseluruhan Bulan Sya’ban? Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan kita berpuasa sepanjang bulan Sya’ban atau tidak. Sebahagian pendapat mengatakan bahawa kadangkala Nabi s.a.w berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban dan adakalanya baginda berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban sahaja. Antara ulama yang berpegang kepada pendapat ini adalah Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h. Sebahagian yang lain berpendapat baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada mana-mana bulan menurut kalendar hijriyyah kecuali bulan Ramadan al-Mubarak. Manakala pada bulan Sya’ban pula baginda hanya berpuasa pada sebahagian besar sahaja. Pendapat kedua ini disokong oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h seorang tokoh hadis bermazhab Syafie. Perbezaan pendapat ini disebabkan wujudnya hadis-hadis Nabi s.a.w yang yang menunjukkan baginda pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban dan ada pula yang menidakkannya. Mari kita perhatikan beberapa hadis yang dijadikan dalil bahawa baginda s.a.w pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban. Ummu Salamah r.a berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak berpuasa sebulan penuh dalam setahun melainkan bulan Sya’ban dan baginda sambungkan Sya’ban dengan Ramadan." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, hadis no: 2313. Menurut Abu Salamah r.a, Aisyah r.a berkata: "Nabi s.a.w tidaklah berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak berbanding bulan Sya’ban. Sesungguhnya baginda berpuasa sebulan penuh." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1970. Abdullah bin Abi Qais r.a mendengar Aisyah r.a berkata: "Bulan yang paling disenangi Rasulullah s.a.w untuk berpuasa adalah bulan Sya’ban kemudian disambungnya dengan puasa Ramadan." – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2310. Tetapi, hadis di atas seakan-akan bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. Sedangkan, beliau menceritakan bahawa Nabi s.a.w hanya berpuasa sepanjang bulan pada bulan Ramadan sahaja. Aisyah berkata: "Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969. Untuk menghilangkan percanggahan yang timbul ini, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh bulan Sya’ban sebenarnya hanya menunjukkan baginda biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut. Tambahnya lagi: "Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn al-Mubarak katanya: Menurut bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain." – Rujuk Fath al-Bari karya Ibn Hajar ‘Asqalani, jil. 11, ms. 366. Setelah didatangkan beberapa pendapat ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w kadangkala hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban dan kadangkala hanya berpuasa sebahagian besar pada bulan itu, al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan di dalam Fath al-Bari, jilid 11, muka surat 367: "Tetapi, jelas sekali pendapat ini seakan-akan terpaksa. Namun, pendapat paling sahih adalah pendapat pertama, iaitu baginda hanya berpuasa sebahagian besar daripada bulan Sya’ban. Ia dikuatkan lagi melalui riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh al-Nasaai yang berbunyi: "Baginda s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain bulan Ramadan." Manakala hadis yang dimaksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar melalui Ibn Abbas r.a pula berbunyi: "Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh selain puasa Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1971. Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang melarang kita berpuasa sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadan bermula. Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jangan sekali-kali salah seorang antara kamu semua mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari kecuali orang yang sudah biasa berpuasa pada hari itu. Justeru, dia bolehlah berpuasa pada hari itu." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1914. Apakah Dilarang Berpuasa Setelah Melepasi Pertengahan Bulan Sya’ban? Tanggapan bahawa dilarang berpuasa pada bulan Sya’ban setelah memasuki hari ke 15 adalah bersandarkan kepada hadis Abu Hurairah r.a. Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika memasuki pertengahan Sya’ban, janganlah kamu semua berpuasa." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 1990. Ulama berbeza pendapat tentang status hadis ini. Sebahagian ulama menganggapnya daif (lemah). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata: "Al-Rauyyani berkata: Haram mengerjakan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan dan dimakruhkan mengerjakan puasa sejak pertengahan Sya’ban berdasarkan hadis lain. Sementara jumhur ulama berpendapat harus mengerjakan puasa sunat setelah pertengahan bulan Sya’ban. Mereka menganggap hadis yang melarang puasa pada waktu itu bermartabat daif (lemah). Sementara Imam Ahmad dan Ibn Ma’in mengklasifikasikan sebagai hadis mungkar (diriwayatkan oleh perawi daif serta menyalahi riwayat perawi tsiqah).Imam al-Baihaqi menjadikan hadis di bab ini, iaitu hadis di dalam Sahih Bukhari, hadis no: 1914, bab: Tidak boleh mendahului Ramadan dengan berpuasa satu atau dua hari sebagai dalil untuk melemahkan hadis tersebut.Imam al-Baihaqi r.h berkata: “Riwayat yang memberi keringanan (rukshah) untuk tetap berpuasa sehingga sehari atau dua hari menjelang Ramadan lebih sahih berbanding hadis al-Alla’, iaitu hadis riwayat Abu Daud. Hal yang sama, iaitu mendaifkan hadis tersebut telah dilakukan oleh al-Tohawi." – Rujuk Kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 11, ms. 86-87. Namun begitu, Ibn al-Qayyim r.h di dalam Tahdib al-Sunan melihat bahawa hadis Abu Daud ini sahih. Bagi Ibn al-Qayyim, sebenarnya tidak wujud percangahan antara hadis yang melarang berpuasa setelah pertengahan bulan Sya’ban dan hadis yang membenarkannya. Bagi beliau, hadis al-Alla’ tersebut hanya melarang mereka yang ingin memulakan puasa bulan Sya’ban di pertengahan bulan tersebut secara sengaja dan ia bukan larangan bagi mereka yang telah memulakan puasa pada awal bulan Sya’ban. Hadis Abu Daud ini juga telah disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh Ibn Bazz r.h. Oleh itu, penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat yang melemahkan serta menguatkan hadis tersebut. Namun, jumhur ulama membolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban diteruskan walaupun setelah pertengahan bulan tersebut. KESIMPULAN Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban. Firman ALLAH S.W.T: "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21. Justeru, marilah kita hidupkan bulan Sya’ban ini dengan memperbanyakkan ibadah puasa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH serta mendapat balasan yang baik di hari akhirat kelak
Artikel ini ummi petik dari staf net mailing list. semoga bermanafaat. Ummi bangga dengan Isya yang rajin berpuasa. Semoga akan menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain.

Tuesday, July 28, 2009

EGOIS

Lirik Lagu Nasyid Mestica 1,321 viewsJuly 29, 2007 at 2:47 am
Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan
Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia
Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampuT
erbang ke angkasa
Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan

ingatan buat diri yang selalu lupa

Kuasa Mutlak

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan? Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya. Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun. Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam. Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak. (Staf net usm)

Tips praktikal untuk mengubat hati yang sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah FikiranKita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.Insyallah

Ketika kamu bersedih

Anak-anak ku, buah hati ku,
Percubaan PMR dah dekat ummi. 2 minggu lagi.. tapi isya tak da rasa nak study lah. Ummi tolonglah buat rule kat rumah supaya semua orang tak boleh tengok tv. Setiap kali peperiksaan mesti tension. Tapi Ummi tak risau tentang angah, biasanya akan bersedia last minute, sedaya upaya mu. Ummi pasti, kak Ngah pasti tidak mahu alah dengan rakan-rakan sebaya mu. Kak Ngah mahu menjadi yang terbaik sahaja. Ummi faham perasaan kak Ngah kerana ummi juga begitu. Ummi sangat kecewa apabila dikalahkan oleh rakan-rakan sekelas. Itulah perasaan ego yang perlu dilawan. Ummi hanya berjaya mengatasi perasaan ego itui apabila ummi mengenal islam. Kalah bukan bermakna lemah. Kekalahan adalah satu pengajaran supaya kita boleh bangun. Ah...ujian peperiksaan itu sangat mudah anakku. Jawapan adalah skema. Habis periksa mesti tahu lulus atau gagal.
Anak-anakku, Hidup ini tidak akan lari dari ujian. ujian hidup adalah lebih payah. Kita mungkin tidak tahu apakah persiapan yang perlu dilakukan. Bentuk ujian bagaimanakah yang akan kita lalui? Apakah skema jawapannya? Berbagai macam ujian yang akan datang. Dalam bentuk kecantikan, kecerdikan, populariti, kekayaan, kesakitan, kemiskinan dan apa-apa lagi yang boleh merangsang naluri emosimu. Anakku, jangan kau mengeluh dengan ujian-ujian ini. Bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu. Ujian ini adalah untuk mematangkan emosimu dan menjadikan kamu insan yang lebih sensitif tetapi lebih stabil emosinya. Allah telah menjanjikan nafsu- al-muthmainnah bagi sesiapa yang telah berjaya mengharungi segala ujian itu. Skema jawapan bagi setiap ujian berbeza-beza natijahnya. Dan yang lebih cantiknya, seandainya kamu gagal dalam satu ujian tidak bermakna kamu pasti gagal dalam ujian seterusnya, dan begitulah sebaliknya.
Anak-anaku, ummi harap ummi masih ada disisimu semasa kamu menghadapi ujian-ujian besar agar dapat ummi titipkan pengalaman-pangalaman sebagai panduan. Ummi mahu, kau dapat meneruskan langkah perjalanan di muka bumi ini dengan lebih baik. Anakku, seindah manapun zaman remajamu, ia tidak akan akan kekal indah selamanya. Kau akan menghadapi hari-hari yang paling pahit dalam hidupmu, mungkin sekali atau lebih dari itu. Andainya pengalaman pahit itu menemuimu, izinkan ummi berkongsi denganmu agar kurang bebananmu. Andai....ummi tiada disisimu, janganlah kau mencurahkannya kepada manusia, kecuali orang yang sangat kamu percayai dapat membantumu. Curahkanlah segala masalah mu kepada Allah yang Maha Pengasih dan maha Mendengar. Bangunlah di malam yang sepi mengadu nasib kepadaNya. Kau akan di dengari, percayalah. Janganlah pula kau terlalu gopoh mengharapkan pertolonganNya mengikut kemahuanmu, kerana insyaAllah, Allah akan memakbulkan permintaan mu dengan caraNya.
Anak-anakku, maafkan ummi kerana tidak berjaya mendidikmu dengan sebaik-baiknya. Namun, ummi sentiasa berdoa agar kamu semua mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, memahami agama ini dengan sebaik-baiknya dan taat kepada perintah Allah. Ummi sangat menyayangi kalian.
Buat suamiku,
Aku menyayangimu sepenuh hatiku. Cintaku adalah suci dan belum pernah ku berikan kepada mana-mana lelaki ajnabi didunia kecuali dirimu. Ku harap, kau mengerti, betapa besarnya harapanku padamu. Ku daokan, kau menemui kebahagiaan di dunia ini. dan itu adalah hakmu. Berdosa bagiku, untuk menghalang apa yang telah menjadi hakmu. Semoga Allah terus mendidik hatiku dari segala mazmumah yang keji itu. Doakan agar daku berjaya mendapatlkan nafsu-al- muthmainnah yang sangat ku rindui kehadirannya. Maafkan segala kekurangan ku.Redhailah diriku, keran syurgaku, terletak atas keredhaanmu. Ya Allah, izinkan aku menemui lagi Ramadhan kali ini. Izinkan aku memuji dan memujamu semahu hatiku. Tiada daya upaya ku melainkan dengan izinMU.

Sunday, July 19, 2009

humour

A man and a woman had been married for more than 60 years. They had shared everything. They had kept no secrets from each other except that the little old woman had a shoe box in the top of her closet that she had cautioned her husband never to open or ask her about.For all of these years, he had never thought about the box, but one day the little old woman got very sick and the doctor said she would not recover. In trying to sort out their affairs, the little old man took down the shoe box and took it to his wife ' s bedside.She agreed that it was time that he should know what was in the box. When he opened it, he found two crocheted dolls and a stack of money totaling $95,000. He asked her about the contents."When we were to be married," she said, "my grandmother told me the secret of a happy marriage was to never argue. She told me that if I ever got angry with you, I should just keep quiet and crochet a doll."The little old man was so moved; he had to fight back tears. Only two precious dolls were in the box. She had only been angry with him two times in all those years of living and loving. He almost burst with happiness."Honey," he said "that explains the doll, but what about all of this money? Where did it come from?""Oh, that?" she said. "That is the money I made from selling the dolls." : )

Sibuknya

Kebelakagan ini, hari-hariku amat sibuk sekali. Tambahan pula dengan stamina yang agak kurang dek usia dan kurangnya menjaga fizikal ku, aku betul-betul penat sekali. Badan ku sakit-sakit. Ubat yang biasa ku telan untuk menghilang kesakitan , seperti sudah tiada kesannya lagi. Jantungku berdegup dengan lebih kencang hari ini. Apakah ini masalah fizikal atau apa?.. Apakah ini tanda-tanda dari mu ya Allah bahawa aku bakal menemuimu dalam jangkamasa yang terdekat? Saban kali ketika sujud di dalam solatku, ku mengadu padamu tentang kepayahan ini. Tapi, hari ini, perasaan ku agak berlainan. Seolah-olah kematian begitu hampir denganku, sedangkan amalan buat bekalan menghadapi mu belum cukup lagi. Ya Allah, janganlah kau matikan ku melainkan dalam iman. Berilah pengakhiran yang paling baik buat ku. Jauhkan diriku dari azab neraka. Tempatkan diriku di dalam syurga bersama orang-orang yang berbakti kepadamu
Ya Allah, andainya ditakdirkan, aku lebih dahulu meninggalkan mereka, ku mohon agar, anak-anakku akan terus dalam peliharaanMu. Jadikanlah mereka sentiasa mengingatiMu, dan berbakti di jalanMu. Jadikanlah mereka insan-insan yang diberi kefahaman dalam agama ini.
Buat suamiku, Tidak ada dosamu kepada ku. Kau adalah sebaik-baik suami. dalam menjaga amanahmu. Kau sangat lemah lembut terhadap isteri dan anak-anakmu. Wahai suamiku, ku doakan semoga dirimu juga ditempat ke dalam syurga bersama para syuhada....

Sunday, July 5, 2009

Anakku kau akan mengerti

Jam 3 ptg, handphone ku berdering. Panggilan dari telefon Kak Ngah. Terlintas di hati, kak Ngah nak minta ambil cepat ke? Aku sedang menyampaikan ceramah dalam satu sesi perbincangan. Ku angkat telefon. Hello, umi...... suara manja yang sangat ku kenal... Oh Ateh rupanya, bisik hati. Ummi, baliklah cepat, kesian adik habis mukanya naik kudis. Bimbang dan cemas suaranya. Hatiku berdebar. Makin terukkah chickenpox yang dialami oleh anak kembarku?Tadi, nampak elok je. Aku cepat-cepat menghabiskan perbincangan ku, dan mendaatkan pandangan dari rakan bagaimana untuk mengubati penyakit anakku. Telefon berdering kembali..... Ummi, kat mana ni? Cepatlah balik. Ummi, nak ambil ubat dulu ya, nanti ummi balik. Bibi kan ada, minta bibi bagi ubat.... Ateh tak mahu mengalah. Adik tak mahu dengan bibi, nak panggil ummi juga.
Ya Allah kau maha mengetahui bahawa hati ini begitu ingin untuk bersama anakku, terutama ketika mereka sakit. Tapi ya Allah, aku pasti kau juga tidak mahu diriku terlalu bakhil dengan ilmu yang kau berikan kepada ku. Kau amanahkan hidupku di dunia untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Mana mungkin aku meninggalkan pesakitku hanya kerana ingin berada dirumah menjaga mereka. Sedangkan pesakit ku juga lebih kritikal. Insan-insan yang menyayangi mereka juga sedang memangis memohon doa darimu. Ku serahkan anak-anaku kepada mu ya Allah, kerana ku tahu, betapa apa yang ku lakukan ini tidak sia-sia, bahkan semata-mata untuk mendekatkan diriku pada mu yaAllah.

Wednesday, July 1, 2009

Tandusnya hati ini

Ya Alah, kau mengetahui betapa tandusnya hati ini. Tanpa ilmu yang mengalir di dada. Tanpa al Quraan yang menjadi panduan hidup, tanpa zikir mengingati keagunganMu. Ya Allah, di saat ku dihimpit kegawatan masalah, aku tercari-cari cahaya yang dapat menerangi kelamnya hati ini. Ya Allah, ku mohon bantuanMu dalam segala urusan ku. Ya Allah yang Maha bijaksana kurniakanlah kepadaku, ilmu untuk ku mentadbir hidup ini. Jadikan keputusan ku benar dan perbuatanku benar. Ya Allah Yang Maha pemberi petunjuk, tunjukkanlah kepadaku kebenaran itu dengan sejelas-jelasnya dan tunjukkanlah kebatilan itu sejelas-jelasnya. Wahai tuhan, yang hati ini di tanganMu, tetapkanlah ia di atas deen Mu, sejahterakanlah hati ini, tenteramkanlah hati ini, cenderungkanlah ia kepada apa yang Engkau sukai. Ya Allah, jangan Kau biarkan diri ini bergantung harap kepada sesama manusia, teguhkanlah ia agar ia hanya bergantung kepada MU semata-mata. Ya Allah, jangan kau biarkan hati ini mengharap kasih sesama manusia, biarkan ia hanya menagih cinta dan kasihMu yang Maha Agung dan suci itu semata-mata. Hati ini yang disering dilukai, terlalu sepi tanpa kasih Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. Dakaplah daku dalam rahmatMu. Aku rindu menantikan saat dapat bertemu dengan Mu, wahai kekasihKu.

Monday, June 29, 2009

Sunyinya hidup tanpa orang yang dikasihi

Hidup ini begitu sepi tanpa gurau senda suami dan anak-anak yang tersayang disis. Along, kak ngah dan abang chik pergi program perkhemahan selama 4 hari. sementara suami juga outstation. Inah semalam asyik bertanya ke mana along.. pagi tadi juga ketika hendak ke sekolah, masih lagi mencari-cari abang-abang dan kakaknya. Tampak kerinduan diwajah mereka. Walaupun dengan kehadiran kalian, ummi sibuk dan penat melayan karenah kalian, tetapi tanpa kalian, ummi lebih parah menahan kerinduan. Walaubagaimanapun, ummi bangga kerana kalian sekarang sedang menyiapkan diri untuk melangkah setapak lagi menjadi insan yang berguna. Ummi sangat bangga menghantar kalian ke seolah, dengan pakaian kadet sekolah, begitu segak sekali. Kalau diikutkan hati mahu saja duduk di sekolah menunggu kalian berlepas. Anakku, inilah mutiara-mutiara kehidupan sebenar yang perlu kamu kutip. Walaupun kesusahn itu menjengkelkan hati kamu, itulah sebenarnya yang dapat membantu kamu mengharungi kepayahan hidup ini. Ummi tak mampu melindungi kamu, hanya Allah yang dapat bersamamu sepanjang perjalananmu.

Wednesday, June 17, 2009

Dunia yang dicari?

Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata. 'Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamatitu'' sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu. Dan kehidypan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? (Al Anaam 31-32)

Dunia ini- hanya senda gurau.... Itulah hakikatnya. Tetapi hati ini masih belum mahu menerima sepenuhnya hakikat itu. Kenapa perlu bersusah hati atas masalah yang kecil yang menimpa dalam hidup seharian? Apakah seluruh tenaga dan masa pelu dibazirkan untuk hanya memikirkan soal dunia yang remeh temeh ini?

Negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa--- apakah kita belum pernah mendengar hakikat ini? mustahil tidak. Kita telah diperingatkan beribu-ribu kali. Tetapi kenapa usaha ke arah itu tidak di lipatgandakan? Apakah yang telah kita lakukan untuk mengisi rohani kita? . Sudah banyakkah solat rawatib yang kita lakukan setiap hari?. Mana tahjjud kita?? Kenapa begitu sukar untuk bangun?. Walaupun kita terjag dari tidur , kita lebih selesa menarik selimut meneruskan tidur. Banyakkah zikir kita seharian yang dilakukan dengan penuh khusyuk??

Ya Allah, sesungguhnya hamba ini tiada upaya untuk melakukan semua itu tanpa kekuatan dari Mu. Lorongkanlah jalan-jalan untuk ku lalui agar daku dapat menjadai kekasihMu. Sungguh aku taku, termasuk dalam golongan yang menyesal di akhirat kelak....

Tidak perlu berbicara andainya apa yang dilontarkan akan lebih memudaratkan suasana. Ya Allah, semoga bicarku hanyalah kepada perkara yang bermanafaat sahaja.